Karnival Budaya Sabah 2008
26 Jan 2008
Padang Merdeka Kota Kinabalu

Tarasul Iban Daman

Bismilla Hil Hak, Islam Ayaw Masak
Suga Bulan Similak, Siyara In Tag Mustahak.

Bismilla In Tag Naan , Ngan Sin Tuhan Rahman
Ampa In Tag Hi Nangan, Budaya Etnik Suluk in Ngan.

Tarasul Ampa Kissa, Budaya Sin Bangsa
Minsan Kitaniyu Kandi Na Bahasa, Subay Mag Kasilasa.

Sandakan Tiyaykuran, Kota Kinabalu DiyaTngan
Niyat Sin Angan-angan, Budaya Etnik Suluk Mag Pa Guwah Sin Ngan

Kebudayaan Etnik Suluk, Walah Na Kiya Tapuk
Nag Isun Kami Nag Tibuuk, Lagi nag Hambuuk

Kebudayan Natipun, Nag Isun Siril Mahsun,
Pag Kasi Pa Taptapun, Sampai Pa Bigi Jantung Di Ha Muzium.

Subay Katan Kabudayaan Bagay Di Ha Musium Pakaniya-pakaniya Aun Bay
Hi Siyu In Mapanday, Siya In Makaablay.

Ini Rumah Warisan, Di Na Natipun In Kabudayaan
Magguawah Kapandayan, Hi Pakitah Ha Katan

Malayu Iban Suluk Mag Ya Iban
Bang Aturun In Dagbus Iban Lagguh Aun Piyag Anggilan
MagSukul Pa Nabi Awlla Pa Tuhan
Naka Pag Balik Daman In Liyupian

Malayu Iban Suluk MagTaymanghud
In Bissara Namuh ini Katan Matutuud
Bang Bunnal Da Bat In Kita Niyu Hangka Maksud
Suabay In Kasilasa Dahun Sumud Sampay Pa Lupah Punud

Minsan Pasa kami Ini Paranganun Tutuk
PasahlaYun Batuk
Papa Nungkurun Lituk
Paragun Pa Niyug
Pa Tug Paun Pa Laud
Pa Kaytan Mataud
Akun Namuh Da Lillah

Yan Daka kay Mu , In Bawgan Panah Mu
Bang Kaw Biyah Siyu Mu, Bihin Tanaba Laung Niya Kaymu

Bihun Subay Andagan, Gantih Ku Paandigan
Bang Sin Ummul Tagaran, Maka Baak Da Aku Bawgan.

Ubus Na In Tarasul Iban Daman
Manatah Lupu Kimitah Pag Tanuman
Bang Aun katanaman Duun Na Kami Mag Jambangan
Ha Babae Sayuman, Mapatag Pa Mingalan
Bang Dih Da Masawkap Sin Untung
Masamban Sin Suratan
Ha Pang Jung-jungan Ha Panambilawangan
Mag Balik Badjuh Da Kuman Kami
Mag Butang Ka Ipatan
Wabahdu Wassalam

~Hasil Karya~
En.JuL Pajiji & Ck.Mai Omar Sangkula

Karnival Budaya Sabah 2008,
Date: 26 Jan 2008
Venue:Padang Merdeka Kota Kinabalu

ADAT PERKAHWINAN
Dalam kebudayaan suku kaum Suluk terdapat banyak adat-adat dan tatasusila yang masih di ikuti sejak dahulu kala lagi sehinggalah sekarang ini.Sudah menjadi kebiasaan Adat permintaan wang hantaran Sukat Ungsud bagi pihak wanita adalah sangat tinggi mengikut golongan-golongan status yang menunjukkan status mereka sebagai golongan yang dihormati. Permintaan hantaran Sukat Ungsud daripada pihak wanita seperti Mas Kahwin Sen / Pilak, Mahar Basingan, Emas Angka Kumpul Bulawan, Sapi / Kerbau Sapi Mandangan / kabaw, Beras Bugas, Rokok Siga, Mahligai ( Mahligai ialah sebuah Rumah kecil yang berhias dengan makanan tradisi, kuih-muih, biasanya diminta oleh pihak wanita jika wanita tersebut sudah Tamat Qatam Al-Quran ) bergantung kepada persetujuan daripada kedua-dua pihak. Terdapat empat peringkat dalam Adat perkawinan suku kaum suluk untuk patut dilaksanakn sebelum dan selepas perkawinan seperti Pag-Pasihil, Pag-Pangasawa, Pag-Turul Taima, dan akhir sekali Pag-Tiaun.




PAKAIAN TRADISI
Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat suku kaum Suluk, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini masyarakat suku kaum Suluk masih mengekalkan Baju Tradisi sebagai pakaian di majlis-majlis keramaian.

Pakaian Lelaki
Baju Lapi/kuput Berino Badju Lapi adalah pakaian Suku kaum Suluk bagi kaum lelaki. Lapi mendapat namanya daripada hujung belahan tengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasi dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas dan Perak di bahagian bahu, dada, dan lengan baju. Baju Lapi ini dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang berbentuk longgar ) ataupun Berino ( seluar ketat ) dibahagian betis seluar Berino mempunyai belahan dan dihiasi dengan Butang Emas atau perak. Jika memakai Seluar Berino ia mestilah dipadankan dengan Tali Pinggang Kandit /kambut iaitu dililit di bahagian pinggang lelaki ataupun Pis Siabit yang di sangkut di atas bahu sebelah kiri/kanan oleh si pemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai tengkolok/setanjak dililit di atas kepala. Pis Siabit diperbuat daripada Kain Tenun Hablun.

Baju Lapi & Sawwal Kantiyu
Baju batawi/kuput Badju Batawi/kuput, atau Baju sempit Badju Masigpit baju ini
merupakan salah satu pakaian wanita bagi Suku kaum Suluk yang sangat Unik, cantik dan menarik. Baju ini lajimnya berlengan panjang dan jika berlengan pendek ¾ dinamakan Baju Batawi Pukul Tandu.Biasanya baju ini ketat dan sempit, dihiasi dengan butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas ataupun Perak dibahagian bahu, dada, pinggang dan pergelangan tangan, baju ini biasanya mempunyai 300 hingga 2000 Butang Tambuko yang di saluti Emas dan Perak .Baju Batawi dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu, sawwal ialah seluar yang berbentuk besar dan longgar .Baju ini dipadankan dengan Kain Tenun Habul Tiyahian di pakai dengan cara Selendang ataupun dikepit dengan sebelah tangan. Baju ini adalah menjadi kebanggaan yang bernilai dan berharga bagi setiap suku kaum suluk kerana memiliki peninggalan warisan nenek moyang.

Baju Batawi/Baju Masigpit , Sawwal Kantiyu & Habul Tiyaian

Baju Sablay, Sawwal Kantiyu & Habul Tiyaian

Baju Sablay berbeza dengan Baju batawi, Sablay mempunyai potongan yang longgar seakan-akan baju kebaya tetapi bukan kebaya.Sablay di padankan dengan seluar Longgar Sawwal dan dipadankan dengan kain Tenun/ kain bersulam Habul Tiyahian

Baju Samrah Baju samrah dikenakan bersahaja, ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian. Baju samrah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan lembut. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung Habul atau pelikat Tadjung.
TARIAN TRADISI
Tarian Pangalay
Salah satu daripada Tarian Suku Kaum Suluk yang paling popular dan digemari adalah tarian Pangalay / Daling-daling. Pangalay bermaksud Menari. Tarian ini adalah tarian hiburan yang sering diadakan di majlis-majlis keramaian seperti perkawinan, pertunangan dan di majlis-majlis yang lain.Tarian ini selalunya ditari oleh Enam orang, berpasangan, dan berseorangngan, diiringi dengan muzik Kulintangan dan Gong Agong si penari akan memakai Janggay Kuku tiruan yang panjang dan bengkok disematkan di sepuluh jari penari wanita, si penari juga boleh memakai Sapu Tangan dan Kipas Tangan untuk memperlihatkan lagi keunikan tarian ini. Gerak-geri tarian ini khususnya memperlihatkan gerakan liuk-lintuk badan, bahu, pinggang dan pergerakan kaki yang khusus. Selain daripada itu terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian seperti Manglay Ha Patong, Mangalay Ha Agong.Tarian Pangalay oleh kaum lelaki juga biasanya berentak Langkah Silat ataupun Langkah Kuntaw.


Pangalay Linggisan

Pangalay Ha Agong

Pangalay
Tarian Bolah-bolah
Tarian Bolah-bolah adalah tarian yang dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisi Badju Batawi dan Badju Lapi. Penari ini Menggunakan Empat bilah kayu kecil yang di genggam di tangan dan dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk dan mengeluarkan bunyi yang unik dan mengikut rentak bunyi pukulan Kulintangan dan Gong Agong .

ALAT-ALAT MUZIK TRADISI
Seperti kaum lain juga Suku kaum Suluk masih mengamalkan muzik-muzik tradisional seperti Gong Agong , Kulintangan, Biola, Gabbang, Suling, Suanay,Kulaing. Muzik tradisional suku kaum suluk mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu ataupun seni kata muzik tidak bertulis, semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke genarasi.

Kulintangan

Kulintangan
Kulintangan terdapat 8 hinga 11 gong kecil yang dimainkan bersama dengan Gendang Gandang, Gong Besar Agong Tunggalan, 2 buah Gong Nipis Agong Duwahan dan sekurang-kurangnya 5 orang pemain Kulintangan.



Gabbang


Gabbang dan Biola
Gabbang dan Biola adalah seiring dimainkan oleh pemain muzik tradisional suku kaum Suluk .Gabbang adalah muzik yang paling unik dan popular sering dimainkan di majlis keramaian seperti Perkahwinan, Pertunangan, dan majlis keramaian yang lain. Gabbang mempunyai 17 hingga 24 key not yang berlainan bunyi menarik.Gabbang dimainkan oleh wanita dengan nyanyian Lagu Lugu tradisional suluk dan seiring dengan Biola oleh pemain Lelaki dan jenis lagu yang didendangkan seperti MagLugu, Sindil ( lagu jenaka ), Tahtah, Kissa ( lagu berunsur Kisah atau cerita ), Maglangan ha Pengantin atau Bata-bata ( lagu untuk Pengantin dan Kanak-kanak ),Magtarasul ( berpantun ) dan Magsangbay ha Pangangalay ( lagu untuk penari Pangalay ). Lyrics lagu-lagu ini adalah daripada idea dan perasaan yang tercetus oleh si pemain/penyanyi Lugu tanpa di tulis. Dan Nyanyian tersebut diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi.

Makanan Tradisi Suku Kaum Suluk di Majlis keramaian.

MAKANAN TEMPATAN
Makanan tempatan suku kaum Suluk yang paling popular adalah sup hitam Tiyula Itum ia daripada Daging dan dimasak dengan Kelapa bakar yang sudah dihancur sebagai perencah kepada sup. Tiyula Itum menjadi kegemaran dan kemestian kepada semua suku kaum suluk jika ada perayaan seperti Perkawinan dan ia jarang-jarang dimasak kecuali perayaan besar-besaran.selain itu makanan-makanan tempatan suku kaum suluk adalah seperti.

Makanan
Tiyula Itum, Tiyula Istah, Piyalam, Piyaksu – jenis-jenis makanan yang berkuah
Piyuto, Bianban, Sianglag- makanan daripada ubi kayu
Kinilau, Agar-agar, Gamay, Tihi-tihi- jenis makanan yang mentah
Otak-otak, kagang
Istah piritu, istah diyangdang- jenis masakan ikan
Kari-kari, kurma, piassak, - jenis masakan daging/ ayam/ikan
Tamu, Punjung
Kuih-Muih
Durul, Bawlo, Bangbang Hantak, Ja, Panganan, Panyam
Wadjit, Apam, Palikambing, Tabid-tabid, Panggi-Panggi, Daral, Pitis, Bibingka, Jualan, Daub-daya, Piyangsuhan, Putli mandi, Libusau, Biyaki, kuih cinta, Suman Latik, Patolakan
SABAH"Negeri Di Bawah Bayu"

Sabah Negeri yang kedua terbesar di Malaysia, dengan membawa gelaran “ Negeri Di Bawah Bayu”.Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi juga kaya dengan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan budaya penduduknya.

Sabah terdapat banyak berbilang kaum dan masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dan mengunakan lebih daripada 50 bahasa dan kurang daripada 80 dialek.

Sabah adalah kaya dengan penduduk berbilang kaum dan berlatar belakangkan kebudayaan masing-masing, membolehkan kita menikmati keunikan serta keindahan terutama sekali Adat resam, Pakaian Tradisi, Tarian Tradisi, Makanan tempatan, Muzik dan Kraftangan dan setiap satunya akan mencerminkan identiti sesuatu suku kaum itu.

SUKU KAUM SULUK
Salah satu kumpulan etnik yang terdapat di Negeri Sabah, adalah suku kaum Suluk.
Seperti kaum lain juga suku kaum suluk kaya dengan kesenian dan kebudayaan yang unik tersendiri seperti adat perkawinan, pakaian, tarian, makanan,alat-alat muzik dan kraftangan.



ASAL USUL ISTILAH SULUK
Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu KUPOT dan tarian, Daling-daling. Di sabah pusat petempatan bagi orang suluk adalah terletak di daerah kudat,semporna,sandakan,lahad datu,kota kinabalu,menggatal,tuaran,telipok.

Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab.

Pertama: Perkataan “Suluk” terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk. Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.

Kedua: Perkataan ‘Suluk’ berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara. Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu. Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.

Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.


[ ]http://ms.wikipedia.org.wiki/sulu_suluk

[ ]Asreemoro " Tausug dan Kesultanan Sulu"
Program Kenduri Rakyat
Perkhawinan Tradisional Suku Kaum Suluk
03 Jan 2006
Venue: Kg.Batu Sapi Sandakan