ALAT-ALAT MUZIK TRADISI
Seperti kaum lain juga Suku kaum Suluk masih mengamalkan muzik-muzik tradisional seperti Gong Agong , Kulintangan, Biola, Gabbang, Suling, Suanay,Kulaing. Muzik tradisional suku kaum suluk mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu ataupun seni kata muzik tidak bertulis, semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke genarasi.

Kulintangan

Kulintangan
Kulintangan terdapat 8 hinga 11 gong kecil yang dimainkan bersama dengan Gendang Gandang, Gong Besar Agong Tunggalan, 2 buah Gong Nipis Agong Duwahan dan sekurang-kurangnya 5 orang pemain Kulintangan.



Gabbang


Gabbang dan Biola
Gabbang dan Biola adalah seiring dimainkan oleh pemain muzik tradisional suku kaum Suluk .Gabbang adalah muzik yang paling unik dan popular sering dimainkan di majlis keramaian seperti Perkahwinan, Pertunangan, dan majlis keramaian yang lain. Gabbang mempunyai 17 hingga 24 key not yang berlainan bunyi menarik.Gabbang dimainkan oleh wanita dengan nyanyian Lagu Lugu tradisional suluk dan seiring dengan Biola oleh pemain Lelaki dan jenis lagu yang didendangkan seperti MagLugu, Sindil ( lagu jenaka ), Tahtah, Kissa ( lagu berunsur Kisah atau cerita ), Maglangan ha Pengantin atau Bata-bata ( lagu untuk Pengantin dan Kanak-kanak ),Magtarasul ( berpantun ) dan Magsangbay ha Pangangalay ( lagu untuk penari Pangalay ). Lyrics lagu-lagu ini adalah daripada idea dan perasaan yang tercetus oleh si pemain/penyanyi Lugu tanpa di tulis. Dan Nyanyian tersebut diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi.

Makanan Tradisi Suku Kaum Suluk di Majlis keramaian.

MAKANAN TEMPATAN
Makanan tempatan suku kaum Suluk yang paling popular adalah sup hitam Tiyula Itum ia daripada Daging dan dimasak dengan Kelapa bakar yang sudah dihancur sebagai perencah kepada sup. Tiyula Itum menjadi kegemaran dan kemestian kepada semua suku kaum suluk jika ada perayaan seperti Perkawinan dan ia jarang-jarang dimasak kecuali perayaan besar-besaran.selain itu makanan-makanan tempatan suku kaum suluk adalah seperti.

Makanan
Tiyula Itum, Tiyula Istah, Piyalam, Piyaksu – jenis-jenis makanan yang berkuah
Piyuto, Bianban, Sianglag- makanan daripada ubi kayu
Kinilau, Agar-agar, Gamay, Tihi-tihi- jenis makanan yang mentah
Otak-otak, kagang
Istah piritu, istah diyangdang- jenis masakan ikan
Kari-kari, kurma, piassak, - jenis masakan daging/ ayam/ikan
Tamu, Punjung
Kuih-Muih
Durul, Bawlo, Bangbang Hantak, Ja, Panganan, Panyam
Wadjit, Apam, Palikambing, Tabid-tabid, Panggi-Panggi, Daral, Pitis, Bibingka, Jualan, Daub-daya, Piyangsuhan, Putli mandi, Libusau, Biyaki, kuih cinta, Suman Latik, Patolakan
SABAH"Negeri Di Bawah Bayu"

Sabah Negeri yang kedua terbesar di Malaysia, dengan membawa gelaran “ Negeri Di Bawah Bayu”.Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi juga kaya dengan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan budaya penduduknya.

Sabah terdapat banyak berbilang kaum dan masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dan mengunakan lebih daripada 50 bahasa dan kurang daripada 80 dialek.

Sabah adalah kaya dengan penduduk berbilang kaum dan berlatar belakangkan kebudayaan masing-masing, membolehkan kita menikmati keunikan serta keindahan terutama sekali Adat resam, Pakaian Tradisi, Tarian Tradisi, Makanan tempatan, Muzik dan Kraftangan dan setiap satunya akan mencerminkan identiti sesuatu suku kaum itu.

SUKU KAUM SULUK
Salah satu kumpulan etnik yang terdapat di Negeri Sabah, adalah suku kaum Suluk.
Seperti kaum lain juga suku kaum suluk kaya dengan kesenian dan kebudayaan yang unik tersendiri seperti adat perkawinan, pakaian, tarian, makanan,alat-alat muzik dan kraftangan.



ASAL USUL ISTILAH SULUK
Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu KUPOT dan tarian, Daling-daling. Di sabah pusat petempatan bagi orang suluk adalah terletak di daerah kudat,semporna,sandakan,lahad datu,kota kinabalu,menggatal,tuaran,telipok.

Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab.

Pertama: Perkataan “Suluk” terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk. Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.

Kedua: Perkataan ‘Suluk’ berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara. Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu. Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.

Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.


[ ]http://ms.wikipedia.org.wiki/sulu_suluk

[ ]Asreemoro " Tausug dan Kesultanan Sulu"
Program Kenduri Rakyat
Perkhawinan Tradisional Suku Kaum Suluk
03 Jan 2006
Venue: Kg.Batu Sapi Sandakan

AFC ( SABAH TVC )


Asian Food Channel ( SABAH TVC )
Date: 04 Sept 2008
Venue: Sabah Museum's Heritages Villages Kota Kinabalu

SABAH FEST 2008

' HARMONY IN DIVERSITY '

Sabah Fest 2008,
Sabah Museum's Heritages Villages, Kota Kinabalu
5th & 6th May 2008

SABAH FEST 2008

SABAH FEST 2008
Date: 3rd May 2008
Venue: Magellan Grand Ballroom,
Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu.