PAKAIAN TRADISI
Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat suku kaum Suluk, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini masyarakat suku kaum Suluk masih mengekalkan Baju Tradisi sebagai pakaian di majlis-majlis keramaian.

Pakaian Lelaki
Baju Lapi/kuput Berino Badju Lapi adalah pakaian Suku kaum Suluk bagi kaum lelaki. Lapi mendapat namanya daripada hujung belahan tengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasi dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas dan Perak di bahagian bahu, dada, dan lengan baju. Baju Lapi ini dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang berbentuk longgar ) ataupun Berino ( seluar ketat ) dibahagian betis seluar Berino mempunyai belahan dan dihiasi dengan Butang Emas atau perak. Jika memakai Seluar Berino ia mestilah dipadankan dengan Tali Pinggang Kandit /kambut iaitu dililit di bahagian pinggang lelaki ataupun Pis Siabit yang di sangkut di atas bahu sebelah kiri/kanan oleh si pemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai tengkolok/setanjak dililit di atas kepala. Pis Siabit diperbuat daripada Kain Tenun Hablun.

Baju Lapi & Sawwal Kantiyu
Baju batawi/kuput Badju Batawi/kuput, atau Baju sempit Badju Masigpit baju ini
merupakan salah satu pakaian wanita bagi Suku kaum Suluk yang sangat Unik, cantik dan menarik. Baju ini lajimnya berlengan panjang dan jika berlengan pendek ¾ dinamakan Baju Batawi Pukul Tandu.Biasanya baju ini ketat dan sempit, dihiasi dengan butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas ataupun Perak dibahagian bahu, dada, pinggang dan pergelangan tangan, baju ini biasanya mempunyai 300 hingga 2000 Butang Tambuko yang di saluti Emas dan Perak .Baju Batawi dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu, sawwal ialah seluar yang berbentuk besar dan longgar .Baju ini dipadankan dengan Kain Tenun Habul Tiyahian di pakai dengan cara Selendang ataupun dikepit dengan sebelah tangan. Baju ini adalah menjadi kebanggaan yang bernilai dan berharga bagi setiap suku kaum suluk kerana memiliki peninggalan warisan nenek moyang.

Baju Batawi/Baju Masigpit , Sawwal Kantiyu & Habul Tiyaian

Baju Sablay, Sawwal Kantiyu & Habul Tiyaian

Baju Sablay berbeza dengan Baju batawi, Sablay mempunyai potongan yang longgar seakan-akan baju kebaya tetapi bukan kebaya.Sablay di padankan dengan seluar Longgar Sawwal dan dipadankan dengan kain Tenun/ kain bersulam Habul Tiyahian

Baju Samrah Baju samrah dikenakan bersahaja, ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian. Baju samrah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan lembut. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung Habul atau pelikat Tadjung.